SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera sahabat sekalian.

Nampaknya keadaan negara Malaysia semakin tenat dan keadaan politik nampak semakin mengarut. Apa dah Jadi? JOM BACA ISI KALI NI... 


Hari ni tarikh 21/8/2021 dan hari ini adalah hari bersejarah di mana Malaysia dapat Perdana Menteri yang baru Di dalam keadaan Ekonomi, Kesihatan Awam, dan Politik berada dalam keadaan guru hara. Bang Dollah tak kisah sangat siapa PM, yang penting adalah pembentukan kabinet tu dan ahli kabinet perlu lah menggalas tugas masing-masing dengan baik. 

Perdana Menteri yang Ke-9 adalah YB Dato Seri Ismail Sabri. Bagi Bang Dollah ini mengarut juga sebab PM lama dijatuhkan akibat hilang majoriti sokongan. Rakyat tengah sibuk dengan keadaan kesihatan Dan Ekonomi yang tegang buat masa ni. Korang bayangkan keadaan Malaysia yang kritikal kali ni masih lagi ahli politik bermain dadu nak ukur nasib mereka, padahal dah kaya raya tu. Bang Dollah duduk tepi pokok jambu pening memikir benda ni. 

Keadaan Covid-19 juga semakin buruk dengan pertambahan kes sebanyak 23,564 Kes harian pada tarikh 20/8/21. Pertambahan kes yang drastik ni juga disebabkan oleh Varian Delta yang baru.

 


Untuk pengetahuan semua, Malaysia pernah mencapai angka 0 (sifar) Kes Harian Covid 19 Pada bulan Julai tahun 2020. Kes pesakit Covid-19 naik semula selepas PRN Sabah tahun 2020. Sejak dari itu kes pesakit naik dengan sangat drastik. Kita dah hampir menang sebenarnya, tetapi akibat daripada sifat tamak kuasa dan jawatan politik, kesihatan rakyat diabaikan. Apa Nak Jadi.


Negara jiran Malaysia seperti Thailand, Singapore, Indonesia dan Brunei juga mengharungi keadaan Covid-19. Tapi keadaan politik mereka tidak huru hara seperti Malaysia di mana dalam masa 5 tahun sahaja telah bertukar 3 kali Perdana Menteri. Logik ke tak Logik? 

Keadaan Ekonomi sangat tegang apabila banyak perniagaan ditutup akibat tidak dapat menanggung Overhead bulanan. Bang Dollah juga tak terkecuali dalam kerugian perniagaan. Walaupun tutup kedai Bang Dollah masih ada sumber pendapatan yang selesa. Tapi bayangkan bagaimana dengan orang lain yang betul-betul terjejas. Dibuang kerja, tak mampu bayar sewa rumah dan tak cukup makan.

Tapi rakyat Malaysia masih bersyukur kerana terdapat banyak individu yang hartawan dan dermawan Di dalam Malaysia bersama-sama membantu menjaga sesama rakyat. Lebih kelihatan mereka sebagai Hero-hero yang menyelamatkan rakyat Malaysia. Manakala Ahli YB di dalam parlimen ada yang berperangai seperti BERUK BEREBUT BUAH.

Kalau ada pembaca yang membaca blog ni dari tahun 2050 ketahuilah subjek sejarah zaman anda mungkin susah, kemelut politik, ekonomi dan kesihatan berada di paras yang menakutkan.


Malaysiaku.. Semoga Kita berada Di dalam lindungan Rahmat Allah Yang Maha Esa. Semoga semua ini beransur hilang dari Malaysia.


- Bang Dollah Al Kentaki

Ulasan